Jumat, 11 Januari 2013

Kod #2: Quetzalcoatl, The God of Mayan

Quetzalcoatl menjelma dalam bentuk reptilia (kanan) menurut
kepercayaan kaum Mayan. Dia juga kelihtan seperti makhluk asing


Lelaki ini digambarkan sebagai seorang tua yang bijak, berambut putih, berjanggut dan bermisai. Dia juga dikatakan pada waktu tertentu menjelma dalam bentuk reptilia bersisik. Dan dia mengajar kaum Mayan (di Mexico) mengenai pelbagai bentuk pengetahuan seperti astronomi, kejuruteraan bangunan sehingga terbinanya piramid Mayan, arkitektur binaan pelik dan sebagainya.

Sekali difikirkan, tamadun kaum Mayan yang berada di tengah hutan di Mexico tidak mungkin mempunyai sumber pengetahuan yang luas kerana mereka tidak berhubung langsung dengan dunia luar kerana ketiadaan fasiliti perhubungan antarabangsa seperti pelabuhan. Mana mungkin mereka meneroka ilmu tanpa sedikit pun pendedahan dengan tamadun luar.

Adrian Gilbert and Maurice Cotterell dalam buku mereka The Mayan Prophecies menjelaskan, tamadun Mayan dibina dengan bantuan seorang lelaki pelayar yang mengajar mereka mengenai pelbagai cabang ilmu. Tanpa Cotterel dan Gilbert sedar, pendapat mereka adalah selari dengan sebuah hadis Tamim ad-Dari yang terkenal yang mengisahkan Tamim berjumpa dengan seorang lelaki misteri di sebuah pulau ketika tersesat di tengah lautan, lelaki itu menyatakan dia adalah Dajjal. Dalam hadis itu, diceritakan Dajjal dipasung di sebuah pulau dan dijaga oleh makhluk bernama Jassasah. Semasa Tamim ad-Dari bertemu dengan Dajjal, Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai seorang nabi di Tanah Arab. Dan Tamim memberitahu kepada Dajjal bahawa hampir semua orang Arab kini beriman kepada Allah, dan Dajjal menjawab… “sesungguhnya masa untuk aku dibebaskan sudah begitu hampir..” Kisah tersebut yang kemudiannya disampaikan Tamin ad-Dari kepada Rasulullah kemudian disahkan sendiri oleh Nabi. Dan Dajjal yang dipasung itu kemudian dibebaskan selepas kewafatan Rasulullah (sollalahu alaihi wassalam, wa ‘ala alihi wa as habihi ajma’in).

Kalendar Mayan yang berbentuk matahari

Teori Cotterell dan Gilbert juga selari dengan epik Atlantis, sebuah pulau bertamadun maju yang dikatakan tenggelam dan hilang dalam lipatan sejarah. Malah, Cotterel dan Gilbert juga mengaitkan pelayar yang bertanggungjawab memajukan tamadun Mayan adalah lelaki sama yang terselamat dalam kejadian tenggelamnya Atlantis. Teori penulis ialah, Atlantis itu mungkin pulau yang dihuni Dajjal sebelum dibebaskan, dan tenggelam sebaik sahaja Dajjal dibebaskan. Dan dalam epik Atlantis, pulau Atlantis yang tenggelam itu juga dikatakan akan timbul kembali pada akhir zaman.

Piramid Mayan dalam bentuk seperti separuh siap
dengan ketiadaan bucu (Unfinished Pyramid seperti di mata wang satu USD)

Dalam tamadun Mayan, Quetzalcoatl disembah seperti tuhan dan mengajar kaum Mayan mengenai pelbagai ilmu. Mereka mampu membina kalendar bintang dan mampu menghitung hari di planet Venus dengan tepat. Malah dalam satu teori terkenal dan sudah difilemkan, bahawa kaum Mayan meramalkan dunia akan berakhir pada tahun 2012 berdasarkan kiraan perjalanan planet dan bintang di galaksi. Atau mungkin, Dajjal akan keluar pada 2012?

Kisah Quetzalcoatl dalam tamadun Mayan tiba-tiba hilang begitu sahaja secara misteri dengan meinggalkan satu mesej iaitu dia akan kembali pada satu hari nanti. Sudah terbiasa dengan pernyataan AKAN KEMBALI? Juga selari dengan Hadis Nabi mengenai Dajjal AKAN KELUAR pada akhir zaman? AKAN KEMBALI dan AKAN KELUAR, maksudnya hampir sama.

Menurut pandangan perubadi saya, filem 2012 itu diwujudkan untuk menimbulkan ketakutan di dalam fikiran manusia yang akan terjadi sesuatu pada 2012. Apa yang ditunjukkan di dalam filem itu kemungkinan besar tidak akan berlaku sebaliknya akan berlaku sesuatu yang besar (perang atau peristiwa lain) yang akan menyebabkan masyarakat dunia terdesak untuk menerima bantuan. Dan ketika itulah akan datang penyelamat membawa berita gembira tetapi mempunyai helah di sebaliknya, jika kita tidak menerima bantuan itu, mungkin hidup kita akan terseksa. Inilah permainan Dajal untuk membuatkan manusia menerimanya sebagai Tuhan.





    Kod #3: Maharaja Shi Huangdi, God of Earth

Kita teroka pula dalam kisah sejarah tanah asal keturunan Li (The Li Bloodlines) di China. Sejarah yang berlaku di China nampak seperti kebetulan tetapi ia tidak berlaku secara kebetulan. Terdapat mesej cryptic dalam tamadun China, sehingga menyebabkan Merovingain British begitu berminat untuk menjejak ‘Tuhan’ mereka (Dajjal - God of Pagan) di China semasa era penjajahan.

Monumen dan artifak Terracota Warriors yang hanya ditemui pada tahun 1974 menyimpan satu maklumat besar mengenai kewujudan lelaki misteri di sebalik pemerintahan Maharaja Shi Huangdi, raja pertama yang menyatukan China (salah satu daripada New World Order yang terawal?). Kod-kod yang ditinggalkan adalah sama seperti kod-kod yang ditinggalkan di Mayan, Mesir dan beberapa lokasi lain di dunia.

Sebuah piramid di wilayah Xian di China. Piramid Xian yang dibina pada zaman Shi Huangdi ini berbentuk separuh siap. Mungkinkah piramid yang separuh siap ini juga simbolik kepada segitiga bermata satu akan terapung diatasnya pada akhir zaman nanti?

Tamadun China juga meninggalkan salah satu kod iaitu piramid di wilayah Xian, sama seperti kod piramid yang ditinggalkan oleh tamadun Mesir dan Mayan. Manakala Terracota Warriors pula menyimpan mesej secara cryptic melalui mimik-mimik muka setiap patung mengikut barisan, susunanya sama seperti baris-baris dalam tulisan Cina.

    Setiap patung mempunyai kod tersendiri dan gabungan semua
    kod pada patung ini meninggalkan mesej yang tersembunyi

    Bahasa Cina dibina daripada gabungan suku kata sehingga membentuk perkataan baru. Mimik muka yang digambarkan pada wajah patung-patung itu pula mewakili satu suku kata, dan apabila disusun suku kata itu, ia membentuk perkataan dan seterusnya membentuk ayat mengandungi mesej kod apabila dihubungkan semua suku kata itu bermula barisan patung dari atas ke bawah seperti membaca tulisan Cina. Salah satu kod yang ditinggalkan ialah “...pemerintah akan kembali.....penghujung waktu...” – maklumat disusun daripada The Secret Codes of Terracota Warriors, Maurice Cotterell.

    Siapa pemerintah yang dikatakan akan kembali itu? Melalui teori itu, sudah tentu Maharaja Shi Huangdi yang akan kembali, dan menjadi God of Earth semula. Dia meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali untuk menjadi tuhan.




Empayar China juga tidak terlepas dari mendapat kunjungan 'pemerintah agung' ini. Dan dia akan kembali di akhir zaman nanti. Horus, Maharaja Shi Huangdi? Mengapa mereka seakan mempunyai kaedah yang hampir sama? Adakah mereka ialah orang yang sama? Simpan dulu jawapan anda, tunggu sehingga ke akhir artikel ini.




    Kod #4: Piramid Misteri di Dasar Laut Jepun

    Setiap jejak Dajjal di tamadun-tamadun kuno meninggalkan kod hampir sama yang hanya difahami oleh penyembahnya sejak zaman berzaman. Salah satu kod ialah piramid, bongkah berbucu ini wujud di banyak lokasi seluruh dunia dan mengandungi misteri sejarah. Sejarah purba Jepun juga mempunyai binaan piramid yang misteri dan masih tidak mempunyaipenjelasan kukuh berhubung penemuan bongkah piramid gergasi di dasat laut di Okinawa. Ia tenggelam (tenggelam atau memang dibina di dasar air?) pada kedalaman 60 hingga 100 kaki di dasar laut. Menurut perkiraan para penyelam di Jepun, saiz piramid itu dianggarkan kira-kira 666 kaki lebar dan 99.9 kaki tinggi, ia dipercayai dibina pada sekitar tahun 8000 SM sebelum ais di kutub mencair (atau sebelum peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh? dan tenggelam hingga hari ini akibat peristiwa Banjir Besar?), ia dibina kira-kira 3000 tahun lebih dahulu sebelum piramid Mesir dibina.

    Paling menarik, juga wujud satu binaan berbentuk hexagon (penyamaran hexagram? star of david?). Namun tidak banyak maklumat mengenai piramid ini atau tamadun misteri ini yang dibuat kajian oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Apa yang jelas ialah, kod piramid wujud di hampir semua tamadun kuno.

    Manakala teori penulis pula, ia menandakan kewujudan manusia hebat dan pintar ini dalam pentas sejarah sejak sekian lama kerana dipanjangkan usianya oleh Allah. Dajjal meninggalkan kod-kod ini supaya para penyembahnya dapat memahami maksud terbesar di setiap binaan pelik di setiap penjuru dunia bagi menjayakan perancangannya sementara menunggu kemunculan terakhirnya di akhir waktu.

Kenapa binaan piramid ini ada di kebanyakan tempat-tempat lokasi tamadun purba? Tidakkah anda terfikir ia sudah pasti diilhamkan oleh orang yang sama. Seakan tanda dia telah menjelajah dan menyesatkan ketamadunan itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar