Sabtu, 06 April 2013

Mencari barakah Yasin


"SESUNGGUHNYA bagi setiap sesuatu itu ada hatinya dan hati al-Quran ialah surah Yasin. Sesiapa yang membaca surah Yasin, Allah menulis baginya dengan membacanya seperti membaca al-Quran 10 kali." (riwayat As-Darimi dan at-Tirmizi)
Surah Yasin sudah pastinya merupakan salah satu surah yang paling popular dan banyak dibaca oleh umat Islam seluruh dunia.
Bahkan di negara kita, surah ini menjadi kemestian dalam pelbagai acara atau majlis keagamaan seperti kenduri kesyukuran, doa selamat serta apabila berlaku kematian.
Kebiasaan ini bertepatan dengan pemahaman kita bahawa surah Yasin ini mengandungi banyak kelebihan atau kaifiat bagi mereka yang mengamalkannya.
Kenyataannya, bacaan Yasin merupakan penghibur hati, penawar duka cita bagi yang ditimpa kesusahan, penguat perbendaharaan bagi yang kekurangan, tiang bagi yang mengharap dan tangga bagi yang berhajat.
Lantaran itu, mendidik diri untuk membacanya pada masa atau kadar yang tertentu adalah sesuatu yang amat baik serta digalakkan, agar ia dapat membantu mendisiplinkan diri supaya istiqamah dengan amalan membaca al-Quran. Apatah lagi, amal yang sedikit tetapi istiqamah adalah lebih utama di sisi-Nya.
Menyedari kepentingan untuk mencapai azam ini maka Inteam Records Sdn. Bhd. dengan kerjasama Islamic Media Edutaiment berusaha menampilkan album berjudul Kaifiat Yasin sebagai panduan untuk beramal.
Album istimewa ini memperdengarkan bacaan surah Yasin oleh anggota kumpulan nasyid Inteam iaitu Abdul Rahim Osman. Bacaan yang ditampilkan adalah bacaan menurut kaifiat ulama yang dipetik daripada kitab Abwabul Farj, tulisan Al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad Ibnu Alawi Al-Maliki Al-Hasani.
Album yang telah berada di pasaran sejak 22 Disember lalu dimulai dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah Yasin. Bacaan Yasin dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bermula dengan bacaan ayat 1-9, ayat 10-27, ayat 28-38, ayat 39-58, ayat 59-71, ayat 72-78, ayat 79-81 dan ayat 81-83.
Pada setiap pecahan ayat-ayat tersebut, akan diselitkan bacaan selawat dan doa yang dipetik daripada buku Abwabul Fajr. Setelah tamat surah Yasin, diteruskan dengan bait-bait doa Yasin susunan Sayyid Ahmad Ibnu Idris r.a. dan diakhiri dengan terjemahan doa.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar