Manchester United kalahkan Tottenham Hotspur 3-1
Isnin, 5 Mac 2012
Manchester United terus menghambat kedudukan Manchester City selaku pendahulu liga selepas membenam Tottenham Hotspur 3-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, Ahad.Wayne Rooney meletakkan United di hadapan pada minit terakhir separuh masa pertama sebelum Ashley Young menambah dua lagi jaringan pada minit ke-60 dan 69 di White Hart Lane.
Tottenham menerima gol saguhati menerusi Jermain Defoe pada minit ke-87 dan meletakkan pasukan itu kekal di tangga ketiga dengan 53 mata.
Keputusan lain:
Fulham 5 - Wolves 0
Newcastle 1 - Sunderland 1
Tidak ada komentar:
Posting Komentar